Saturday, 16 January 2010

JADILAH SEORANG PENGGUNA

Pernahkan anda mencuba produk yang anda jual atau sekadar memfokuskan kepada jualan sahaja.Ini perbezaan diantara perniagaan konvensional dengan perniagaan jaringan.
Sekiranya anda membuka restoran anda tidak perlu mencuba setiap produk yang anda jual tetapi ianya berlainan dengan perniagaan jaringan.

Perniagaan jaringan memerlukan anda mencuba produk itu sendiri dan menceritakan tentang pengalaman anda mencuba produk itu.Ceritakan bagaimana kesan positifnya setelah mencuba produk itu bukannya membuat claim yang produk itu telah menyembuhkan penyakit anda kerana kebarangkalian untuk penyakit itu kembali bergantung kepada status kesihatan dan penjagaan.

Produk kesihatan seperti vitamin membantu memperbaiki sel-sel didalam tubuh badan,menguatkan sistem imun dan sekaligus melindungi diri anda daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis,kanser,darah tinggi dan sebagainya.
Jadi kita berbalik kepada persoalan menggunakan produk.Anda adalah testimoni yang terbaik untuk pelanggan anda.Bagaimana untuk menceritakan tentang kehebatan produk vitamin C atau antioksida sedangkan anda sendiri mempunyai jerawat dan jeragat yang teruk.Prospek anda akan melihat diri anda sebagai testimoni.

Oleh itu anda sendiri haruslah yakin dengan produk yang anda jual dan menggunakan produk tersebut.Kestabilan perniagaan anda didalam perniagaan jaringan bergantung kepada berapa ramai pelanggan termasuklah diri anda sendiri sebagai pelanggan tetap kepada produk itu.

Ubah cara perbelanjaan anda dan gunakan produk untuk membina keyakinan dan kestabilan perniagaan anda sendiri.Anda mampu mengubahnya !

0 komentar:

Silakan Gunakan Kolom berikut Untuk Bertanya Lebih lanjut"! Salam KELUARGA BESAR O-KAO!