Friday, 19 February 2010

APA LAGI ?

Setiap manusia mempunyai masalah tersendiri.Yang kaya dengan masalahnya sendiri,yang sederhana dengan masalahnya sendiri,yang miskin dengan masalahnya sendiri.Jadi tidak ada manusia yang lekang dari masalah.Jadi sebenarnya masalah kita bukan masalah itu sendiri tapi corak pemikiran kita.

Bila orang ceritakan tentang peluang MLM kita mengaku kita nampak peluang ini dapat membantu kita menyelesaikan sebahagian besar masalah kita tetapi sayangnya kita tidak mengambil tindakan langsung.Latihan demi latihan dari segi program dan seminar yang tidak putus-putus,latihan secara online-blog dibuat untuk membantu kita tetapi langsung kita tidak memperdulikannya.Senarai nama dah ada terbentang depan mata tapi jari kita ni berat sangat hendak menelefon prospek.Tangan ni macam ada batu terlalu berat nak angkat telefon.Hendak tahu tentang bagaimana hendak berjaya orang dah ajar,nak tahu teknik melakukan pun dah diajar..semua dah diberikan tetapi kita sendiri tidak mengendahkan.
Tahu produk syarikat X baik untuk kesihatan tapi diri sendiri pun tak kisah untuk makan produk demi kesihatan sendiri.

Sebenarnya apalagi yang kita nak?

Inilah masalah anak bangsa kita sendiri-Corak pemikiran terlalu lemah suka dengan masalah,suka ditengking2,suka dijajah,suka dianggap bangsa yang lemah.Sampai bila dan tunggu apa lagi?Kita rasa tertekan bila lihat nama-nama bukan melayu berjaya di syarikat MLM tetapi sekadar tertekan saja,balik rumah lupa,jumpa leader bersemangat kita jadi bersemangat balik rumah lepas mandi air sejuk kita pun sejuk macam mayat.Leader terpaksa menelefon kita bertanyakan perkembangan sedangkan kita sendiri tak ambil kisah tentang perniagaan kita sendiri.Hari-hari mengeluh hutang sana sini tapi suruh usaha semua mengelak.

Jadi sebenarnya kita sendiri yang menyebabkan kita terus berada didalam situasi yang tertekan.Yang muda dengan sibuk mencari jodoh,lagi senang berjalan2 di pasar malam sambil2 makan keropok sempat cari jodoh.Yang tua dengan masalah sendiri pula..nak diajar dah rasa diri pandai sangat,dah lama makan garam tetapi kesudahanya sama juga.Sedarlah wahai bangsaku sebenarnya kita semakin jauh ketinggalan di belakang.Saya bukan hendak meletakkan maruah bangsa sendiri dibawah tetapi hati ini marah melihat sikap anak bangsa sendiri,ditegur dikatakan mulut puaka,lupa daratan,tak sedar diri tuh sendiripun bangsa melayu tetapi isu-isu seperti inilah yang meletakkan taraf kita di tempat yang tak sepatutnya.

Teringat pula kata-kata hikmat Tun Dr Mahatir "Melayu Mudah Lupa"..ingatkan kembali memang betul...

Saya tertarik dengan kata-kata seorang pakar motivasi yang bukan dari bangsa kita sendiri yang ditayangkan di Astro Awani.Beliau berkata 'Kalau you ah letakkan orang cina dalam satu kumpulan ah dia orang boleh bikin "CHINA TOWN" tetapi ah kalau you letak orang melayu dalam satu kumpulan ah diaorang semua sibuk cerita pasal orang lain,dari pagi sampai tengahari semua suka cerita pasal orang lain,kerja sikit tapi cerita mau panjang2"..Sedih saya mendengar komen dan tanggapan bangsa lain terhadap bangsa kita sendiri.Dimana silap kita atau memang anak melayu memang suka hidup mundur dan miskin.Kenapa terlalu malas untuk mengambil tindakan sedangkan diri sendiri sudah tahu perlunya kita mengambil tindakan.

Jadi tidak hairan kalau bangsa kita sendiri paling ramai menjadi bankrapsi akibat oleh sikap kita sendiri.
Saya memohon maaf kalau kata2 saya menyinggung perasaan tetapi pada masa yang sama saya juga nak ingatkan kalau kita tidak boleh ditegur mungkin kita perlu diketuk untuk sedar.
Buatlah sesuatu sekarang sekiranya anda benar2 ingin berjaya seperti bangsa lain.

Salam kejayaan dari saya untuk semua...hehehhe..jangan marah ahhhhhh

0 komentar:

Silakan Gunakan Kolom berikut Untuk Bertanya Lebih lanjut"! Salam KELUARGA BESAR O-KAO!