Friday, 26 February 2010

PILIHAN ATAU KEBETULAN

Adakah apa yang kita ada hari ini ianya satu kebetulan atau pilihan kita sendiri.Sebelum kita pergi lebih lanjut membentangkan topik ini kenapa tidak kita duduk dalam keadaan tenang,minda yang terbuka,bersikap jujur pada diri sendiri dan tanyakan pada diri kita sendiri tentang topik ini.

Ramai yang tidak sedar apa yang hari ini berlaku kepada kita adalah disebabkan pilihan yang kita buat sendiri suatu ketika dahulu.Sekiranya anda menjadi doktor hari ini ialah kerana pilihan anda sendiri untuk menjadi seorang doktor.Sekiranya anda seorang jurutera ianya bukanlah terjadi secara kebetulan.Pilihan kita yang membentuk siapa diri kita hari ini dan bagaimana kehidupan kita sekarang.Jadi jangan salahkan takdir atau nasib sekiranya tidak berjaya didalam kehidupan hari ini dan jangan berasa pelik sekiranya kehidupan kita juga tidak berubah.

Tengok kepada perkara-perkara yang paling hampir dengan kita..Adakah sebarang perubahan pada bentuk fizikal kita,adakah sebarang perubahan berlaku dalam cara kita berpakaian ataupun adakah sebarang perubahan pada cara kita bertutur dan sebagainya.Jadi kalau anda sendiri tidak nampak sebarang perubahan nyata berlaku mungkin paling2 pun anda semakin tua dan sebagainya mana mungkin kehidupan dan pencapaian anda akan berubah.

Anda sebenarnya berada didalam satu zon selesa.Anda takutkan perubahan,anda takutkan risiko,anda takutkan dengan apa yang bakal orang katakan yang akhirnya menyebabkan anda terapung-apung diantara berjaya dan gagal.Macam hantu raya..bumi pun tak terima langit pun tak terima anda.Nak berjaya pun takut nak gagal pun
takut !

Ianya bukan berlaku secara kebetulan tetapi kerana anda sendiri memilih untuk terus menerus berada didalam keadaan itu.Anda masih dengan alasan yang sama,masalah yang sama,corak pemikiran yang sama dan tahap prestasi dan pencapaian yang sama.
Orang yang takutkan perubahan dan menolak untuk berubah akan menjadi seperti Dinasour dizaman purba.Pernahkah terlintas dikepala anda kenapa makhluk sebesar dan segagah dinasour boleh pupus dari muka bumi ini?Selain melihat dari perspektif hukum alam dan sudut agama.Mungkinkah sebab utama kenapa Dinasour pupus disebabkan keengganan makhluk ini untuk berubah (Evolved).

Perubahan itu perlu dan sekiranya anda tidak mampu untuk melakukan sebarang perubahan - Jangan terkejut kalau 10 tahun akan datang anda masih tetap sama...sama seperti cerita Abg Kassim dirancangan Raja Lawak 4...yang berubah hanyalah imej dan usia tetapi langsung tidak ada perubahan dari segi pertuturan,gaya,pemikiran dan sebagainya..(heheehe)
Sekiranya anda tidak boleh berjaya seperti yang lain didalam perniagaan ini sebenarnya anda sendiri yang memilih untuk tidak berjaya.Tanpa pengorbanan anda tidak layak untuk berjaya.
Anda pasti boleh melihat kejayaan yang lebih besar sekiranya anda memilih untuk berubah

Renungkan kembali

Ahmad Riza

0 komentar:

Silakan Gunakan Kolom berikut Untuk Bertanya Lebih lanjut"! Salam KELUARGA BESAR O-KAO!